Selasa, 29 Oktober 2019

Toleransi Kepercayaan Antara Kaum dan Agama

"Toleransi Kepercayaan Antara Kaum di Malaysia"

"Kepercayaan membakar mercun mengikut kepercayaan agama dan bangsa masing-masing"

Kita hidup ibarat satu kapal dimana negara kita mempunyai pelbagai perbezaan agama dan bangsa.

Deepavali tiba , tapi banyak komen negatif terutamanya dari "orang kita" . Apa yg aku perasan , bila tiba musim perayaan , tak kira  jenis perayaan apa mesti mercun dibakar utk membuat perayaan tersebut lebih meriah.

Malangnya komen atau pandangan jumud dr sebahagian rakyat Malaysia masih lagi ditakuk yg tak sepatutnya seperti "katak dibawah tempurung". Mungkin disebabkan tidak punya pengetahuan yg luas atau tidak bertoleransi antara satu sama lain memandangkan negara kita mempunyai agama dan bangsa yg berbeza.

Setiap kali tiba perayaan , tak kira perayaan apa mesti mercun dibakar. Tahukah anda ada sebab tersendiri mercun dibakar?  

Bangsa melayu beragama islam , setiap kali raya mesti mercun dibakar ,tak kira siang atau malam , sedangkan perbuatan itu langsung tiada faedah , malah ia mengganggu jemaah teraweh atau orang awam ,Kan? .  , ia mungkin utk membuat suasana perayaan kita agar nampak lebih meriah . Namun begitu setiap tahun mesti ada kes kemalangan mengakibatkan kehilangan anggota tubuh badan terutamanya jari disebabkan main mercun hingga lupa akan keselamatan diri . Akan tetapi , setahu aku , mercun yg dimain oleh masyarakat kita terutamanya orang tua-tua , mereka membakar mercun semata-mata utk menghalau monyet di kebun. Bukan utk perayaan semata-mata. Tetapi apabila mercun masa kini sudah dibuat utk nampak lebih meriah iaitu "bunga api" sudah tentu ia nampak lebih meriah bila dibakar kerana ia dilihat cantik dan terpersona. Sepatutnya, sebagai penganut agama  Islam , kita disarankan utk meraikan kemenangan selepas berperang dgn nafsu (iaitu puasa) dgn mengikut ajaran yang sepatutnya seperti takbir raya , bermaaf-maafan antara satu sama lain , kunjung mengunjungi jiran tetangga dan sebagainya , bukan membakar mercun sehingga mengganggu  hak asasi keharmonian yg sepatutnya dikecapi masyarakat lain. Tak salah , cuma kita perlu toleransi dan bermain mengikut keadaan yg sesuai.

Bagi masyarakat Cina pula , Membakar mercun ialah tanda atau simbolik untuk menghalau hantu jahat . Walaupun mercun telah diharamkan oleh kerajaan Malaysia. Namun menurut kepercayaan masyarakat Cina, mercun dinyalakan bagi menghalau roh jahat dan juga bunyi bising dari mercun akan memeriahkan lagi suasana perayaan.

Dikatakan ianya bermula dari mitos seekor rasaksa yang bernama Nian yang akan datang setiap tahun baru untuk menganggu masyarakat dengan mengorbankan haiwan ternakan serta kanak-kanak. Bagi melindungi diri, orang kampung akan meletakkan makanan di hadapan rumah supaya raksasa Nian tidak akan menyerang manusia.

Perayaan Deepavali pula , Perayaan Deepavali menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan. Maksud tersiratnya ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan rohani.

Hari Deepavali bermula dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan, diikuti upacara sembahyang bersama ahli keluarga di rumah dan mendapat restu daripada ibu bapa dan orang tua sebelum ke kuil. Semua orang akan memakai pakaian baru, berkongsi manisan yang disediakan khas untuk Deepavali serta mengunjungi rumak sanak-saudara dan rakan-rakan. Pada waktu malam, barisan lampu dinyalakan dan bunga api serta mercun memeriahkan lagi sambutan.

--------------------------------------------------------------------

Kini jurang antara kaum di negara kita agak tegang disebabkan politik bodoh dan nitizen yg mempunyai otak yg jumud dan resis.

Setiap kali perayaan aku perasan banyak nitizen atau orang kita sendiri kecam akan tindakan kaum lain membakar mercun sehingga menggangu ketenteraman awam. Tidakkah anda berfikir bahawa setiap kali perayaan kita sekalipun , contohnya raya puasa/aidil fitri . Sehari sebelum puasa pun dah macam perang ... Perayaan kaum lain jarang sekali dengar mereka membakar  mercun selama sebulan ,tapi bila perayaan kita? Boleh jadi setiap hari hingga hujung bulan , kdg lepas dua minggu raya pun main mercun lagi  Jadi , dimana sikap toleransi antara kaum dalam diri kita?  Tidakkah malu mengaku kita tidak resis tetapi kecam , maki hamun bila mercun dibakar oleh mereka pada perayaan mereka?
Terkadang bulan puasa , tengah teraweh pun boleh lagi main mercun tepi masjid , 

Aku bukan double standard , tapi bila bakar mercun bukan pada waktu yg sesuai itu tidak adil , cuma perlu ubah sikap kecam atau resis dalam diri. Hidup bukan semata-mata  untuk berseronok , tapi hiduplah untk harmoni dan saling toleransi antara satu sama lain.

Lagi memalukan , mengaji bahagian pendidikan islam , tapi maki memaki pd perayaan kaum lain sbb bising mercun ?  Dimana toleransi kamu? Sdgkan merayaan kamu bila dicemuh oleh mereka , kamu kata mereka resis dan anti melayu Islam?

Sekadar pandangan peribadi.

https://www.fakirilmu.com/2019/01/29/mengenal-apa-itu-gong-xi-fa-cai/

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Hari_Deepavali

Rabu
30/10/19
3.17 pagi

Jumaat, 27 November 2015

JOM DAFTAR AGEN TOPUP PERCUMA!!!




PENDAFTARAN AGENT TOPUP SECARA PERCUMA!!




Bisnes menjual topup menggunakan sms atau aplikasi android Konsep bisnes.. Peniaga dibekalkan sistem yg boleh melihat transaksi, baki modal dan menjual topup. Untuk menjual topup, peniaga perlu menyediakan modal@stok di dalam sistem. Bila menjual, nilai jualan akan ditolak dari modal yg ada di dalam sistem. Contoh, Modal RM50, bile menjual celcom RM10, sistem akan tolak RM9.60 dari RM50. **RM9.60 ialah harga agen. Peniaga hanya perlu sms nombor telefon pelanggan dan jenis serta nilai topup ke nombor system. System akan topupkan terus masuk ke telefon pelanggan. Atau menggunakan aplikasi android (lebih mudah, hanye perlu pilih jenis dan nilai topup dan masukkan no telefon pelanggan sahaja.






PAKEJ AGEN >> BOLEH MENAMBAH MODAL JUAL TOPUP @ STOK SERENDAH RM10 >> AGEN HANYA BOLEH MENJUAL TOPUP DAN BAYAR BILL




APA TUNGGU LAGI?? PERCUMA JA ! CEPAT WHATSAPP SAYA 0194577443!